Kelas Mencipta Infografik (PowerPoint)
14 November 2020 | Aktiviti TerkiniPada 13 November 2020, PIK Gong Kulim telah mengadakan Kelas Mencipta Infografik menggunakan Microsoft PowerPoint. Tujuan kelas ini adalah memberi pengetahuan kepada peserta bagaimana mencipta infografik yang mudah, kreatif dan menarik mengikut tren masa kini. Selain itu, kelas ini mengajar peserta menyampaikan maklumat dengan cepat dan jelas secara gambaran visual iaitu infografik.
Peserta juga turut diajar cara menyimpan infografik dalam file PowerPoint ke dalam format JPEG dan memuat naik infografik yang telah dicipta ke Aplikasi Whatsapp menggunakan Whatsapp Web dan ke laman-laman sosial yang lain seperti di Facebook dan Instagram.
Dengan adanya kelas-kelas ICT di Pusat Internet, secara tidak langsung dapat membantu komuniti serta pelajar-pelajar sekitar Pusat Internet Komuniti untuk mengenali serta dapat mempelajari asas menggunakan computer dan mendalami bidang ICT untuk menyelesaikan tugas harian. Selain itu, ia dapat melahirkan lebih ramai pelajar yang celik IT sejajar dengan arus kemodenan masa kini.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: